Tolong Bawa Aku Ke Syurga
Mengunjungi seorang teman yang sedang kritis sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, dan membisikkan sesuatu..
Dalam airmata berlinang dan ucapan yg terbata-bata dia berkata,
"Jika kamu tidak melihat aku di syurga, tolong tanya pada Allah di mana
aku, tolonglah aku ketika itu..."
Dia langsung terisak menangis, lalu saya memeluknya dan
meletakkan muka saya di bahunya. Sayapun berbisik, "In syaa Allah, in syaa
Allah, aku juga mohon kepadamu jika kamu juga tidak terlihat aku di
syurga..."
Kami pun menangis bersama, entah berapa lama...
Ketika saya meninggalkan Rumah Sakit, saya terkenang akan pesan
beliau...
Sebenarnya pesan itu pernah di sampaikan oleh seorang ulama
besar, Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis :
"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka
tolonglah tanya kepada Allah tentang aku; Wahai Rabb kami, si fulan sewaktu di
dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama
kami di syurga."
Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadits :
"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga
lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka
dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak
melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersholat bersama kami,
berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."
Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu
keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar
zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)
Maka wahai sahabat-sahabatku,
Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita
bukan ikatan di dunia, tetapi hingga akhirat..
Carilah sahabat-sahabat yang senantiasa berbuat amal sholeh, yang
sholat berjamaah, berpuasa dan sentiasa berpesan agar meningkatkan keimanan,
serta berjuang untuk menegakkan agama Islam.
Carilah teman yang mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat
kebaikan, bersama untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.
Teman yang dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman nonton
bola, teman memancing, teman bershopping, teman FB utk bercerita hal politik,
teman Whatsapp untuk menceritakan hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan
masing-masing hanya akan membawa diri sendiri.
Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke
syurga....
Simaklah diri, apakah ada teman yg seperti ini dalam kehidupan
kita, atau yang ada mungkin lebih buruk dari kita...
Ayo berubah sekarang, kurangi waktu dengan teman yang hanya
condong pada dunia, carilah teman yg membawa kita bersama ke syurga, karena
kita tidak bisa mengharapkan pahala ibadah kita saja untuk masuk syurganya
Allah..
Perbanyaklah usaha, semoga satu darinya akan tersangkut, dan
membawa kita ke pintu syurga....
Al-Hasan Al-Bashri berkata :
"Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka
memiliki syafa'at pada hari kiamat”.
Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya diantara sahabat-sahabat
kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama-sama ke syurga..
Jika tidak, mulailah hari ini mencari teman ke syurga sebagai
suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa saja anda boleh menyampaikan pesan ini...
Sahabat-sahabatku, tolong tanyakan Allah jika aku tiada
bersamamu di syurga-Nya nantinya.
No comments:
Post a Comment