Bismillahirrohmanirrohiim
Allah menciptakan perkara-perkara yang
luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga
menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat
oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran
tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
- "Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka" ~ QS 13 - Ar-Ra'd : 35 ~
- "Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 48 ~
- "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 50 ~
- "Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 52 ~
- "Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 54 ~
- "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 56 ~
- "Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 66 ~
- "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik" ~ QS 55 - Ar-Rahman : 70 ~
- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." ~ QS 31 – Luqman : 8 ~
- "Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" ~ QS 14 – Ibrahim : 23 ~
- "Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapansalam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang" ~ QS 19 – Maryam : 62 ~
- "Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dansyurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" ~ QS 57 - Al-Hadiid : 21 ~
- "Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta" ~ QS 36 – Yasiin : 57 ~
- "(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera" ~ QS 35 – Faathir : 33 ~
- "....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman" ~ QS 25 - Al-Furqaan – 76 ~
Hamba Allah
No comments:
Post a Comment